Pengurusan Data

Di MyFitnessPal, misi kami adalah untuk membantu anda sepanjang perjalanan kecergasan dan kesejahteraan anda dan kami mahu anda mempunyai kawalan terhadap Data Peribadi anda yang telah anda berikan kepada kami sepanjang perjalanan itu.

Halaman Pengurusan Data ini akan memberi anda maklumat tentang cara kami berkongsi data dan hak anda untuk memilih keluar daripada menyertai amalan perkongsian data tertentu.

Seperti banyak syarikat digital yang lain, aplikasi dan laman web MyFitnessPal dibangunkan menggunakan pelbagai teknologi dan pembekal perkhidmatan berbeza. Disebabkan ini, kami tidak dapat menawarkan satu cara untuk memilih untuk keluar. Walau bagaimanapun, arahan MEMILIH KELUAR langkah demi langkah untuk semua pilihan anda yang tersedia disenaraikan di bawah. Anda boleh juga melawati Dasar Privasi kami untuk maklumat tambahan berkaitan dengan privasi anda.

Sebelum Itu, Sedikit Konteks Tentang Syarikat Yang Bekerjasama Dengan Kami

Akta Privasi Pengguna California (CCPA) menghendaki sesebuah perniagaan memberitahu penggunanya dari California tentang cara mereka berkongsi data pengguna, sama ada data pengguna “dijual,” dan menyediakan cara untuk pengguna memilih untuk keluar (atau “mematikan”) penjualan data mereka. “Dijual” dan “jualan” dalam kes ini tidak bermaksud memberikan data sebagai tukaran untuk wang- kami tidak berbuat begitu. “Dijual” sebaliknya bermaksud menyampaikan data, termasuk data teknikal peranti, kepada syarikat lain yang mungkin akan menggunakan data itu untuk tujuannya sendiri, seperti untuk pengiklanan.

Pembekal Perkhidmatan Kami

Kami boleh mengumpulkan Data Peribadi anda apabila anda menggunakan perkhidmatan MyFitnessPal (laman web atau aplikasi) dan komuniti dalam talian yang berkaitan. Ini termasuk apabila anda mengklik pada iklan, berinteraksi dengan halaman media sosial kami, menyerahkan kandungan, meninggalkan ulasan atau pun memasukkan maklumat ke dalam medan komen, blog, papan mesej, acara dan forum komuniti yang berafiliasi dengan MyFitnessPal.

Syarikat Yang Menggunakan Data Sekurang-kurangnya Sebahagiannya Untuk Tujuan Mereka Sendiri

Apabila kami berkongsi data dengan syarikat yang menggunakan data sekurang-kurangnya sebahagian daripadanya untuk tujuan mereka sendiri (contohnya, untuk pengiklanan bersasar tertentu) tindakan ini dianggap “jualan” maklumat di bawah CCPA. Hal ini berlaku terutamanya pada syarikat yang terlibat dalam pengiklanan dalam talian dan perkhidmatan yang berkaitan.

Perihal:

Memilih Keluar daripada Pengiklanan Diperibadikan dan Bersasar

Kami memaparkan iklan pada MyFitnessPal. Untuk memaparkan pengiklanan dan kandungan pemasaran yang relevan, sesetengah maklumat dihantar menjangkaui pembekal perkhidmatan kami kepada pihak ketiga.

Begini caranya: Apabila anda membuka aplikasi MyFitnessPal atau melawati laman web kami, kami akan mengesan sedikit maklumat tentang anda, peranti anda dan penggunaan perkhidmatan kami oleh anda. Kami akan menghantar isyarat yang mengandungi data ini kepada rakan kongsi pelayan iklan kami. Pembekal perkhidmatan yang berkontrak itu kemudian akan mengongsi dan memadankan isyarat itu dengan pihak ketiga dan syarikat yang mahu mencapai pengguna seperti anda. Semua ini berlaku dalam masa yang diambil untuk memuatkan halaman web atau membuka aplikasi mudah alih.

Pemegang Akaun MyFitnessPal

Jika anda menggunakan dan memiliki akaun dengan MyFitnessPal dan mahu memilih untuk tidak menyertai pengiklanan diperibadikan, sila lihat arahan pada bahagian “Mengehadkan Kuki dan Teknologi Penjejakan Lain,” “Memilih Keluar daripada Iklan Relevan dan Berguna,” “_Mengubah Tetapan Peranti Anda_” di bawah.

Bukan Pemegang Akaun

Jika anda mahu memilih untuk keluar daripada menyertai syarikat yang menggunakan data untuk pengiklanan diperibadikan, sila lihat arahan di bahagian “_Mengehadkan Kuki dan Teknologi Penjejakan Lain_” di bawah.

Memilih Keluar daripada Amalan yang Berkaitan dengan Melawati Laman Web Kami:

Apabila anda melawati laman web kami, walaupun anda tidak mengelog masuk atau mencipta akaun, kami akan mengumpulkan dan menyimpan maklumat yang terhad. Kami boleh menggunakan kuki dan menggunakan teknologi penjejakan lain (seperti suar web) atau pengecam (seperti alamat IP) sebagaimana yang dinyatakan di Dasar Privasi kami. Pemegang akaun dan Bukan pemegang akaun boleh melawati bahagian “Mengehadkan Kuki dan Teknologi Penjejakan Lain” di bawah untuk arahan tentang cara memilih untuk tidak menyertai dan mengehadkan penjejakan tertentu.

Caranya:

Mengehadkan Kuki dan Teknologi Penjejakan Lain

  • Persetujuan Kuki dan Memilih Keluar Kuki: Kami menyediakan alat yang mudah digunakan di seluruh laman web kami yang membantu anda mengurus jenis kuki yang berbeza, termasuk kuki berkaitan dengan pemasaran dan pengiklanan. Jika lokasi anda adalah di Kesatuan Eropah atau United Kingdom, kami akan meminta persetujuan daripada anda untuk penjejakan jenis ini apabila anda pertama kali melawati laman web MyFitnessPal. Untuk pengguna di lokasi lain, anda boleh mengakses dan mengurus pilihan anda dengan mendapatkan pautan “Keutamaan Kuki” pada pengaki kami. Hanya klik pada pautan ini dan pilih “Maklumat Lanjut.” Di sini, anda boleh memilih turun atau keluar daripada kategori penjejakan tertentu. Anda boleh juga memilih untuk keluar daripada vendor tertentu dengan memilih “Tetapan Lanjutan” dan “Lihat Kuki.” Simpan pilihan anda dengan mengklik “Serahkan Keutamaan.” Sila ambil perhatian bahawa anda masih akan melihat pengiklanan dan kandungan pemasaran, cuma kandungan yang ditunjukkan tidak akan relevan kepada anda.

  • Memilih Keluar, Pilihan dan Kawalan Pengiklanan Berdasarkan Minat: Jika anda tinggal di Amerika Syarikat, Kanada, atau Kesatuan Eropah, anda boleh lawati Pilihan Iklan (AS), Pilihan Iklan Anda (Kanada), atau Pilihan Dalam Talian Anda (EU) untuk menemukan tempat yang mudah bagi memilih untuk keluar daripada menerima pengiklanan berdasarkan minat dengan entiti yang mengambil bahagian untuk setiap wilayah. Maklumat lanjut boleh didapati di Dasar Privasi kami.

  • Kosongkan Kuki dan Cache Pelayar Anda: Anda boleh juga mengosongkan kuki dan cache secara kerap untuk mengehadkan cara anda dijejaki pada laman web MyFitnessPal, di samping mana-mana laman lain yang mungkin anda lawati. Sila ambil perhatian bahawa mengosongkan kuki anda akan juga menetapkan semula keutamaan kuki yang telah anda berikan sebelum ini di laman kami. Sila lihat arahan berikut untuk cara memadamkan kuki anda daripada pelayar anda:

    • Firefox

    • Safari

    • Chrome

    • Microsoft Edge

    • Microsoft Explorer

Memilih Keluar daripada Iklan Relevan dan Berguna

Untuk maklumat lanjut tentang ciri ini, sila layari Soalan Lazim kami. Sila ambil perhatian bahawa mematikan ciri ini tidak akan mengalih keluar pengiklanan. Tindakan ini hanya akan mengehadkan data yang digunakan untuk ditunjukkan dalam iklan tersebut.

  • Untuk memilih untuk keluar daripada pengiklanan diperibadikan dan bersasar pada web, sila lawati halaman tetapan. Pilih “pemeribadian” dan nyahtanda pilihan Pengiklanan Yang Relevan dan Berguna.

  • Untuk memilih untuk keluar daripada pengiklanan diperibadikan dan bersasar dalam aplikasi mudah alih, sila lawati menu tambahan (…) kemudian pilih “Pusat Privasi.” Pilih “Pemeribadian” dan nyahtanda pilihan “Pengiklanan Yang Relevan dan Berguna”.

Mengubah Tetapan Peranti Anda

Peranti Mudah Alih Mengehadkan Tetapan Penjejakan Iklan - Kawal cara ID pengiklanan mudah alih anda digunakan.

  • iOS - Buka Aplikasi Seting > Ketik Privasi > Tatal dan ketik Pengiklanan > Togol pada “Hadkan Penjejakan Iklan.”

  • Android - Lawati Tetapan > Pilih Google > Pilih Iklan > Togol “Tarik diri daripada pemperibadian iklan.”

Cara Lain Untuk Mengurus Data Anda:

Nyahlanggan Daripada Pemasaran E-mel

Jika anda mahu nyahlanggan daripada pemasaran e-mel sila lawati Pusat Keutamaan.

Memadamkan Akaun Anda

Untuk memadamkan akaun anda melalui laman web MyFitnessPal, daftar masuk ke dalam talian di https://www.myfitnesspal.com/account/login. Sebaik sahaja anda telah log masuk, klik “My Home” > “Settings” > “Delete Account.”

Untuk memadamkan akaun anda melalui aplikasi mudah alih MyFitnessPal:

  • iOS – Pergi ke “Lebih Lanjut” > “Bantuan” > “Padam Akaun.”

  • Android – Pergi ke “Menu” > “Bantuan” > “Padam Akaun.”

Jika anda tidak dapat mengakses akaun anda lagi, sila hubungi pasukan Kegembiraan Pelanggan kami untuk bantuan. Maklumat lanjut boleh ditemukan di bahagian 'Hubungi Kami' di bawah.

Sila ambil perhatian bahawa sebaik sahaja anda memadam akaun anda, akaun tidak akan dapat dipulihkan kembali. Selain itu, sila ambil perhatian bahawa masa sehingga 72 jam mungkin diperlukan untuk mengeluarkan anda daripada pusingan e-mel kami.

Mengakses Data Anda

Ciri eksport fail kami membolehkan anda mengeksport maklumat butiran nutrisi tahap hidangan, sejarah kemajuan dan sejarah senaman anda. Pengguna premium boleh menggunakan ciri ini untuk melihat maklumat mereka di Excel dan program data yang lain, menjalankan analisis tersuai pada maklumat mereka, mencetak maklumat mereka atau berkongsi maklumat mereka dengan orang lain seperti jurulatih peribadi.

Ciri eksport fail ini boleh diakses menggunakan kedua-dua laman web dan aplikasi MyFitnessPal. Untuk memuat turun salinan data kecergasan dan kesejahteraan data:

  • Laman web – Daripada skrin “Home”, klik pada butang “Reports” di bar menu utama. Seterusnya, klik butang hijau “Export” daripada skrin “Charts and Reports”. Mengklik pada butang ini akan membawa anda ke skrin “Export Information”. Pada skrin ini, anda boleh mengesahkan alamat e-mel anda dan memilih julat tarikh anda untuk dieksport. Kemudian, klik sekali lagi pada butang “Export” yang berwarna hijau.

  • iOS – Terdapat dua cara untuk mengakses ciri eksport fail pada aplikasi iOS MyFitnessPal. Daripada skrin “Laman Utama”, anda boleh sama ada (1) ketik pada “Lebih Lanjut” pada menu > “Khasiat” > ketik pada “Eksport” pada sudut kanan atas skrin, atau (2) ketik pada “Kemajuan” pada menu > ketik pada “Eksport” pada sudut kiri sebelah atas skrin. Untuk kedua-dua kaedah ini, sebaik sahaja anda ketik pada “Eksport”, anda akan dibawa ke skrin “Maklumat Eksport”, apabila anda akan diminta untuk mengesahkan alamat e-mel anda dan memilih julat tarikh untuk eksport tersebut. Kemudian, ketik pada butang “Eksport”.

  • Android – Terdapat dua cara untuk mengakses ciri eksport fail pada aplikasi MyFitnessPal Android. Daripada skrin “Laman Utama”, sama ada (1) ketik pada “Pemakanan” pada menu > ketik pada ikon “Eksport” pada sudut kanan sebelah atas skrin, atau (2) ketik pada “Kemajuan” pada menu > ketik pada “Eksport” pada sudut kanan sebelah atas skrin di sebelah ikon “+”. Untuk kedua-dua kaedah ini, sebaik sahaja anda ketik pada ikon “Eksport”, anda akan dibawa ke skrin “Eksport Fail”, apabila anda akan diminta untuk mengesahkan alamat e-mel anda dan memilih julat tarikh untuk dieksport. Kemudian, ketik pada butang “Eksport”.

Untuk setiap kaedah ini, anda akan menerima e-mel daripada MyFitnessPal dengan pautan untuk memuat turun fail anda. Maklumat anda akan dimuat turun sebagai satu set fail .CSV dalam fail zip. Kami mengesyorkan anda memuat turun fail ke dalam komputer dan bukannya peranti mudah alih. Untuk maklumat lanjut tentang pengeksportan fail anda dan tentang fail .CSV secara umumnya, sila semak Soalan Lazim Eksport Data.

Jika anda tidak dapat mengakses akaun anda lagi, atau mahu menyerahkan Permintaan Akses Subjek, sila hubungi pasukan Kegembiraan Pelanggan kami untuk bantuan. Maklumat lanjut boleh didapati di bahagian ‘_Hubungi Kami_’ di bawah.

Mengesahkan Permintaan

Kami berhak untuk menilai permintaan dan mengubah suai proses pengesahan kami berdasarkan kes demi kes. Proses standard kami adalah seperti berikut:

Pengguna mesti menghubungi kami secara langsung daripada alamat e-mel yang telah disahkan, lulus respons cabaran dan/atau mengesahkan maklumat berkaitan akaun.

Sila ambil perhatian, MyFitnessPal tidak akan menunaikan permintaan hak secara automatik atau tercetus daripada syarikat pihak ketiga secara langsung tanpa mendapatkan pengesahan lanjut secara langsung daripada pengguna, bukti bahawa pengguna sendiri telah mengemukakan permintaan ini dan bukti bahawa pengguna itu memiliki akaun tersebut.

Hubungi Kami

Anda boleh menghubungi kami di alamat seperti yang tertera di bawah atau yang dinyatakan pada Dasar Privasi kami. Untuk memudah cara atau membuat pencarisilapan isu dengan akaun MyFitnessPal anda, anda juga boleh melawati halaman Sokongan ini.